Tuesday, September 15, 2009

Amalan yang baik...

عَنْ عَبْدِاللهِ بْن عَمْرٍ
وَأَنَّ رَجُلا سأَلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَيُّ الاسْلامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ
وَتَقْرَأُ السَّلامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ

Dari Abdullah bin 'Amr, katanya :
Bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. katanya :
"Perbuatan apakah yang sebaik-baiknya dalam Islam?"
Jawab Rasulullah s.a.w. : "Mendermakan makanan dan memberi salam kepada
orang yang engkau kenal dan belum engkau kenal."
Hadis sahih riwayat Muslim

Memang benar kita sering terlalai mengapa kita selalu lupa atau lalai dalam bab ini dalam kehidupan kita sehari-hari. Orang tua kita selalu mengajar kita tentang memberi makanan kepada jiran-jiran di kampung...tapi kita jarang sekali mahu berkongsi makanan dengan kawan-kawan di sekeliling..mengapa ini berlaku?

Apatah lagi bab memberi salam kepada orang yang tidak berapa nak kenal..tentulah payah juga nak tahu mengapa?..

Kayanya..jiwa

عَنْ أَبِى هُرَيْرَة قَلَ قَلَ رَسُولُ الله صلعم
لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةَ الْعَرَضِ وَكلِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ

Dari Abu Hurairah ra katanya
Rasulullah saw bersabda : "Kaya itu bukan kerana banyak harta
melainkan kaya (yang sebenarnya) ialah kaya hati (cukup yang ada)
Hadis sahih riwayat Muslim

Monday, June 15, 2009

Marilah lindungi diri dengan wuduk...


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini”.
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-hisabnya di tangan kanan .


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini”.
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu”.
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.



6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain.


7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”
Penjelasan nombor 8 : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.


Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.


Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukur dan bertaubatlah selalu. wassalam.


salam pendidik

Thursday, May 21, 2009

Jasa Yang Tidak Terbalas

Ibu,,,
Bagi ku ibu ku adalah jiwa ku,,
Ibu ku adalah nafas Ku,,
Ibu ku adalah sahabat ku,,
Ibu ku adalah syurga ku,,

Dan Ibu ku adalah pahlawan yang sangat berjasa dalam hidup ku,,
Ibu ku segala-galanya buat ku..
Ibu adalah semangat ku untuk menuntut ilmu,,
Ibu adalah teman cerita ku disaat aku sedih,,
Ibu adalah Aku,,
Aku adalah Ibu,,
Aku Sayang ibu lebih dari apapun
Aku Mencintai Ibu lebih dari yg ibu kira,,
Aku disini akan selalu ingat ibu,,
Dimana pun dan bilapun,,

Maaf kalau sampai saat ini aku belum bisa memberikan apa-apa untuk ibu,,
Tapi suatu saat nanti jika Allah memanjangkan umur ku dan Ibu
Aku ingin memberikan sesuatu untuk ibu,,
Yang selama ini belum ibu dapatkan,,
Dan semoga Allah selalu melindungi ibu dimana pun ibu berada,,

semoga kelak ayah dan ibu bisa melihat aku menjadi seorang insan yang sukses..

Wednesday, May 20, 2009

Sabarlah kawan-kawanku..

Sabar ialah satu sifat yang dipuji oleh Allah SWT. Sabar ialah menahan diri daripada menderita akibat sesuatu musibah. Sabar memerlukan kekuatan yang didorongi oleh agama.

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?”(Al-Baqarah 214)

Firman Allah ini harus dijadikan pedoman. Setiap insan akan diuji tahap kesabarannya mengikut status keimanannya. Adakala, sesuatu ujian itu ringan dan adakalanya berat. Orang yang tahap imannya tinggi lebih besar tahap kesabarannya akan diuji.Lantaran itu, apabila seseorang itu ditimpa musibah maka dia perlu bersabar, kerana dia sedang diuji.

Maka, jika seseorang itu mengeluh yang demikian menonjolkan atas keburukkan diri sendiri kerana budi pekerti yang terpuji ialah sanggup menderita daripada senang.Mungkin ada juga yang tidak pernah menghadapi musibah, yang demikian tidak akan mengenali dirinya sendiri.Kesenangan juga merupakan ujian. Apabila hidup senang, kita diuji dengan keinginan harta benda, pangkat, kewajipan dan tugasan. Lantaran jika seseorang itu tidak dapat memelihara diri daripada ujian ini, maka menampakkan dirinya dengan kerakusan, kegelisahan, ketamakan dan lebih jauh dari itu ialah tidak bersyukur.

Kita patut bersyukur walaupun kita ditimpa kesusahan. Kerana apabila kita bersyukur kita sabar dan reda dengan seadanya. Dan Allah senantiasa bersama dengan orang yang banyak bersabar.

Allah SWT berfirman,“Sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.”(An Anfal 46)

Pada hakikatnya, kesemua ini tetap bertunjangkan kepada sifat kesabaran yang tersimpul bersama-sama dengan sifat kesyukuran dan kepasrahan di dalam diri kita. Kesemuanya bergerak serentak dan seimbang.Semoga kita semua diberi sifat kesabaran untuk menempuhi segala musibah dan rintangan. Sama ada di waktu susah mahupun di waktu senang. Kerana di situlah wujudnya kekuatan dalam iman dan jauhnya seseorang itu dari keluh-kesah yang menambah beratnya musibah.

Tuesday, May 19, 2009

Teladan (1)

Benarkah begitu? Pertanyaan yang masih berlegar disetiap minda kita tatkala kegagalan otak mentafsir sesuatu yang tidak berada pada pertimbangan yang disenangi. Pendapat atau sekadar imbuhan ‘pen’ yang menokok kata dapat pada ayat yang sudah distruktur sebegitu rupa. Jarang sekali kita melihat dan menyaksi pemimpin hari ini yang berjiwa besar sebaliknya ramai yang besar kepala.


Adapun kita pernah menjahilkan diri lantaran terlalu mudah untuk merasa takjub dan kagum dalam menghadapi peristiwa alam yang luar biasa. Lalu terungkaplah kata-kata. “Belum pernah terjadi sejak kita merdeka kejadian sebegini..” atau “Sejarah telah tercipta apabila krisis perlembagaan telah melampui tugas perundangan dan eksekutif..” Ganjil?!!


“Maka apakah mereka tidak memerhatikan unta bagaimanakah ia diciptakan? Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? Dan bagaimana bumi dihamparkan? (Al-Ghasiyah:17-20)


Lalu berlumba-lumbalah pentakwil mimpi jalanan yang sibuk mengungkap akan sinopsis kejadian dengan penuh kesungguhan dan kebijaksaan lagaknya. Beringatlah adapun semua seruan Allah kepada kita adalah untuk mengguna kemampuan akal dan merenungkan peristiwa umat terdahulu sehingga tidak seperti binatang melata liar, berjalan tiada gembala melilau menuju satu tujuan yang tiada ketentuan, dan akhirnya menuju ke lubang iblis setan.


Apabila fasa satu kita menjadi pemimpin, perkara utama yang perlu difikir ialah bagaimana untuk mengarah individu yang berada di hiraki bawahan untuk bertindak mengikut perancangan kita. Sudah tentulah kita mengambil pengajaran dari dakwah Rasulullah, bermula dari hati (akidah).


bersambung………..


salam pendidik.

Monday, May 18, 2009

Petunjuk Yang Kuat

“Petunjuk Yang Kuat, Tugas Yang Seimbang Dan Sunnah Yang Jitu..”

Konsep adil dan amanah mungkin acapkali kita mendengarnya namun sejauhmana ia menjadi nadi di urat ini itu persoalan ke dua. Kita sudah terlalu jauh diburu ilusi lantaran perancangan dan sogokan para penguasa yang mengangkat aqal melampaui tugasnya yang sebenar.

Sudah hampir enam puluh dekad kita hidup dibawah bayangan imperialis. Menerima dan mengamalkannya dalam setiap keputusan. Tiada siapa yang harus dipersalahkan kerana kita semua memang bersalah. Kita membuat perancangan hanya dengan memandang sudut yang kita sendiri fikir betul dan benar.

Perancangan demi perancangan berlalu begitu sahaja tanpa ada kesudahannya. Kita lontarkan pelbagai alasan untuk menutup setiap kegagalan yang mendatang. Jarang sekali untuk kita berani berdepan untuk menjawab mengapa semua ini terjadi.

Kita semaikan kebencian dan tekanan untuk mencapai sasaran yang kita fikirkan hebat. Cuma hati kita masih tertanya-tanya apa yang kita cari sebenarnya. Masih ada persoalan rupanya?

Menelusuri sejarah semenjak kelahiran nur Islam di bumi Melayu sehingga termaktub bahawa Islam itu adalah ciri bangsa Melayu itu sendiri. Hilang Islam maka lenyaplah bangsa yang bernama Melayu itu. “Malai-urr” adalah bangsa agung yang memiliki nur itu. Petunjuk yang kuat telah membentuk rupa jasad bangsa Melayu.

Jarang sekali bangsa ini bersatu malah kerap juga mengaku menjadi pejuang bangsa sedangkan bumi bertuah ini menyaksi akan keangkuhan sebuah kekuasaan. Tugas yang harus diuji tidak pernah selesai Cuma sekadar menjadi pemuas hati yang dangkal tentang ilmu kepimpinan.

Pergelutan politik membawa kepada persepsi yang tidak langsung ke arah mencegah kemungkaran. Kejahilan menjadi teras utama disebalik skrin yang memaparkan gelagat manusia yang bertopengkan kegilaan kuasa. Tiada lagi sunnah yang sebenar perlu dipertahankan, Cuma dihidangkan dengan lagu yang biasa sahaja iramanya. Skripnya sudah dihafal!

Semua ini berlaku di bumi bertuah ini……


Salam pendidik

KURIKULUM TAUHIDIK

Dimulai dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…Yang Berkuasa diatas Penghuni Sekelian Alam..Yang Memiliki Hari Pembalasan.

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum diantara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.” (An-Nisa:58)

Saya bukanlah seseorang yang berautoriti untuk menafsirkan ayat diatas kerana bukan itu bidang yang harus dipertikaikan. Sebaliknya Allah SWT tidak pula menetapkan syurga itu harus diperolehi dengan rasa ujub dan riak terhadap amalan dan ilmu yang dimiliki.

Persepsi dunia pendidikan di bumi bertuah ini telah menimbulkan pelbagai situasi yang menjurus ke arah yang oposisi. Nah! Tanggungjawab siapakah ini?

Bukankah merit untuk al falah itu merujuk kepada akhlak yang disempurnakan mengikut nilai-nilai yang telah diwarisi? Apakah dengan hanya menjadi pengikut kepada sistem pendidikan hari ini maka kita layak mengukur hadharah yang ingin disanjungi?

Persoalannya sejauhmana konsep mengimani kebenaran dalam ilmu tauhid merentasi seluruh ilmu yang wujud harus menjadi fokus utama. Apa jua yang ingin kita lampirkan sebagai sokongan kepada setiap aplikasi dunia pendidikan mesti memiliki kekuatan roh tauhidiknya kepada anak bangsa.

Maka, perkara fundamentalnya adalah tarbiah yang membawa setiap jiwa dan nurani insan yang bernaung di bumi bertuah ini akan mengerti dan meresapi nadi yang mengalirkan semangat cintakan Allah dan Rasul.

Semua ini harus dimulai dengan falsafah yang menjunjung ke arah keseimbangan makhluk itu sendiri. Justeru itu biarlah kita berlapang dada dalam menerima dan mempertahankan setiap kekurangan yang wujud kerana kita tidak mungkin malah tidak pernah lengkap dalam kehidupan ini. Kalutnya kita kerana kita masih mempertahankan jiwa yang lemah dan kosong dalam menyakini kebenaran. Amanah yang diberi tidak wajar dipersiakan demi kelangsungan bumi bertuah ini dipersada pendidikan pilihan hari ini.


Salam Pendidik.

Sunday, May 3, 2009

Lupa atau buat-buat lupa!

Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Sesungguhnya sebaik-baik orang yang kami ambil untuk bekerja ialah yang kuat dan beramanah” (Al Qasas:26)

Menurut Imam Syafie r.a: “ Ilmu itu dua, ilmu berkenaan Diin (Islam) dan ilmu berkenaan badan. Tidak terlepas manusia dari kedua-duanya. Ulama-ulama bagi Diin mereka dan doktor-doktor bagi badan mereka”

Arghh! Persis sang kuda menghambur kekagetan dihambat cemeti, tatkala fungsi badaniah mengurai lemah. Harus ditanya pada siapa? Baru disedar selama ini hanya slogan menjadi mainan “Badan sihat minda cerdas”.

Mujur masih berfungsi aqal ini mengungkap perumpamaan setegar karang dilaut sekeras batu digunung. Lantas ilmu itu belum dipelajari, sejujurnya hanya didengari sahaja tidak diimani langsung.

Alasan dihambur untuk menutup segala ruang perdebatan, ilmu ini tidak berapa penting, wajar dikesampingkan lantaran ada ilmu yang lebih haq katanya…sedang hakikatnya itulah yang teramat penting sebelum lahirnya minda yang cerdas.

Maka datanglah tahyul, ada jamahan yang berkhasiat boleh menjadi rentas kepada masalah itu. Tidak perlu jerih perih untuk memerah keringat menggerakkan seluruh jasmaniah itu untuk berfungsi. Mujur!
Inilah pewaris palsu yang sesat lagi menyesatkan sedangkan sebaik-baik yang bekerja itu adalah yang kuat dan amanah. Dua-dua sifat sifar!

Hentikanlah semua ini…Setiap sesuatu yang Allah ciptakan pasti ada Ilmu yang menaunginya, sama-sama kita pelajari dan kongsi. Raikan majlis dan persadakan ilmu untuk manfaat ummah. Mari kita lontarkan segala stigma buruk yang mengasak kita ke belakang.

Percayalah latihan kecergasan itu banyak hikmah yang tersembunyi!
Ayuh bersenam…makanlah dengan penuh tradisi keilmuan bukan dengan resipi yang berbalik adab.

Salam pendidik.

MEMIMPIN BUKAN DIPIMPIN [ 1 ]

Suasana hari ini tidak sama dengan hari semalam kerana ianya adalah perjalanan yang paling jauh dan tidak mungkin akan sampai kembali sehinggalah ke Hari Pengadilan. Kesilapan masa lalu akan menghasilkan kesilapan akan datang sekiranya kita masih terus menggunakan akal dan peraturan yang tidak merujuk langsung dengan kaedah yang telah digali oleh ahlul bait terdahulu.

Kita masih kagum dengan perencanaan yang kita bina sendiri walau acapkali keputusannya dianggap mustaid. Kalau boleh dipanggil cogo itulah ia!

Bumi tarbiah yang kita panggil ini tidak melambangkan zam-zam dihati malah dipasung dengan pelbagai sistem yang kita gelar pengikut yang mengikut kejakunan pihak lain. Ranting yang kita pegang nampaknya menghukum sedikit demi sedikit bakal menghumbankan kita ke perosok kejahilan.

Mengapa kita tidak mengambil petunjuk dengan ditatap diperiksa dahulu akan pedoman yang telah ditinggalkan oleh sahabat terdahulu. Melahirkan generasi yang diasuh dari sudut hadharah adalah umbuk yang terbit dari mulut yang pandai berbicara. Hakikat yang terpaksa kita telan tiada satu pun dapat kita pertahankan melainkan menuding telunjuk antara satu sama lain.

Tradisi falah yang ingin kita capai adalah umpama tenggala tua yang semakin suram tatkala sore menjengah malam. Tersinggung bahu dan bertombak kata adalah resam dalam mencari persamaan. Jangan dianggap kaum muda itu racun yang menyiram sebaliknya memuja kaum pembantu yang sentiasa ingin menabur bakti dengan jasa kononnya. Sungguh petra mereka ini sehingga segala perancangan dianggap jitu.

Sebuah madrasah yang berakarkan susur galur ketauhidan kepada Pencipta akan lenyap ditelan kerakusan golongan pemimpin yang taksub kepada gah kejayaan yang palsu. Sudahlah kita dipaksa berada didalam sekular yang menyesatkan, menganggap jihad ini seperti iklan di layar skrin sahaja.

Sebuah hadis mutawatir yang diriwayatkan daripada Abu Dzar al-Ghifari bahawa Rasulullah SAW bersabda “Perumpamaan ahlul baitku ditengah-tengah kalian seperti bahtera Nuh, barangsiapa menaikinya maka dia akan selamat; dan barangsiapa tertinggal darinya maka dia akan tenggelam dan binasa” menunjukkan di mana duduk letak kepimpinan yang seharusnya diimani oleh umat Islam.

Kembalilah sahabatku….sedarlah temanku…bangunlah kawanku..Ayuh tegakkan keberanian untuk memimpin . Pedulikan segala sangkaan dan tohmahan yang jahat. Mari kita bangunkan perjuangan untuk anak bangsa ini demi kelangsungan Islam yang Maha Indah ini. Sudah jelas kebenarannya…

Kita adalah pemimpin mereka bukan pengikut yang takut bila diherdik gertak begitu sahaja. Kita adalah penyambung warisan yang ditinggalkan oleh anbia dan tabien. Jangan sampai satu detik nanti kita dimaki hina keturunan sendiri kerana kelalaian ini akan menghancurkan agama yang mulia ini.. disangsi di bumi sendiri.

Salam pendidik.

Wednesday, April 29, 2009

PBKL 2009


PBKL..kali ini aku tidak menyertainya..2009


Malang sungguh tahun 2009..detik terpenting ini tidak aku sertai seperti saban tahun yang lalu. Aura yang mengarus deras seolah-olah ingin menghanyutkan aku ke sana tetapi tersekat dek benteng kekangan kerja yang bertali arus…maafkan aku.

Sekadar penumpang cerita dari teman-teman yang sempat berkunjung ke sana menjadi tamu kepada ribuan pengunjung ilmu yang kepanasan..

Janji pada permata hatiku..anak-anak yang mengejar bola yang melantun ke dinding. InsyaAllah di kelapangan lain abah akan pimpin kalian ke majlis seperti itu juga…

KALUTNYA KITA!

Terpanggil untuk berkongsi pandangan tentang banyak isu Negara kebelakangan ini yang hangat diperdebatkan dan menjadi polemik keresahan rakyat.

Maha Suci Allah SWT masih menyelamatkan kita dengan iman yang masih bersisa. Justeru itu, apa pun yang mengasak kita ke dinding percayalah masih ada ruang untuk kita bernafas..renungkanlah persoalan kehidupan tidak akan malah tidak mungkin akan habis sehinggalah putus nyawa dikandung badan.

Sebagai seorang pendidik, membicarakan tentang dunia pendidikan hari ini yang ditunjangi dengan fahaman dan dokongan sekularisme, titik tolaknya dimulakan dari kedatangan imperialis barat. Ini memberi tanggapan sistem sebelum Barat tidak wujud sistem pendidikan formal di kalangan pribumi di Negara tercinta ini. Sesungguhnya sudah terlalu jauh sebelum itu lagi sudah ada sistem yang memacu pendidikan formal kepada masyarakat iaitu sistem Islam yang syumul!

Pertumbuhan sistem pendidikan itu adalah falsafah yang wujud di dalam Islam itu sendiri. Firman Allah yang bermaksud;
“katakanlah adakah sama antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?”

Ini adalah antaranya yang dapat dipetik dari rimbunan hikmah dari kita yang masih mampu berfikir..

Islam meletakkan kita insan antara Allah dan alam pada tempat yang istimewa. Allah adalah hakikat tertinggi yang mutlak wujudNya.

Konsep pendidikan harus bermula dari ini…Maha Pencipta..kemudian harus disesuaikan dengan zamannya..mengapa kita harus kalut membedakan kepentingan yang sememangnya kita tahu tapi buat-buat tak tahu…

Kaedah muhadharah ataupun munazarah malah mentor-mentee sehinggalah ke kaedah fasilitator, kesemuanya adalah berpunca dari inter dan intra dalam penyampaian ilmu. Mengapa kita mesti kalut untuk membedakannya?

Apa masalahnya untuk mendapat pengiktirafan? Bukankah tunjangnya Maha Pencipta..maka akan suburlah segala bentuk ilmu yang didendangkan dengan irama yang menyejukkan serta mendamaikan jiwa yang tenang..

Salam pendidik.

Tuesday, April 14, 2009

6 persoalan hidup

ENAM PERSOALAN HIDUP
Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.~ Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran : 185).~

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua."Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"Murid -muridnya ada yang menjawab Negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar.Tetapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak boleh kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari-hari yang mendatang dengan perbuatan yang tidak merugikan.~

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga."Apa yang paling besar di dunia ini?"Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali.Tetapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf : 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.~

Pertanyaan keempat adalah,"Apa yang paling berat di dunia ini?".Ada yang menjawap batu, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali,Tetapi yang paling berat adalah "amanah" (Al Ahzab :72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak menjalankan amanahnya.~

Pertanyaan yang kelima adalah,"Apa yang paling ringan di dunia ini?".Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali,Tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan 'Solat'. Gara-gara sibuk dengan pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara mesyuarat kita tinggalkan solat.~

Lalu pertanyaan ke enam adalah,"Apakah yang paling tajam di dunia ini?".Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali,Tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Hanya Pada Tuhan Segalanya

Hanya Pada Tuhan Segalanya…

Perkenalan itu perlu dimulai
memungkinkan kita bersamanya
pada Tuhan kita dipertemukan
perpisahan itu bukan maknanya
kerna perkenalan itu tiada penghujungnya
persis kita berkawan kerana Tuhan
tersinggung pendapat bias memanjangkan perkenalan
justeru ia mudah diselesaikan
Biasalah manusia hamba Tuhan.......

Wednesday, April 1, 2009

Mengisi masa lapang dengan masakan...

Kek Sponge Sarang Semut

Bahan-bahannya :7 biji Telur2 cawan Tepung Gandum2 cawan Gula Pasir2 cawan Air1 tin (390g) Susu Manis3 sudu makan Butter1 sudu makan Bicarbonate of Soda1 sudu teh Esen RosCara-caranya :Hanguskan gula.Kemudian masukkan air.Selepas itu masukkan butter.Biar hingga mendidih. Sejukkan.Pukul telur hingga kembang.Masukkan susu dan pukul lagi hingga rata.Masukkan tepung dan bicarbonate of soda.Kemudian masukkan gula hangus.Pukul hingga rata.Akhir sekali masukkan esen ros.Tutup loyang adunan rapat2 dengan aluminium foil untuk mengelakkan air/wap kukusan masuk ke dalam adunan.Kukus selama 1 1/2 jam.

Tuesday, March 31, 2009

Ekspedisi Taman Negara.



Suasana pagi di tebing Kuala Tahan... menyaksikan pelbagai ragam bangsa seluruh dunia...cuma anak bangsa sahaja yang kurang mengerti...mengapa?

Monday, March 23, 2009

Sunday, March 22, 2009

PEMAKANAN SIHAT

PENDAHULUAN

Pemakanan sihat adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian anda, dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana
mengamalkan tabiat makan yang sihat. Anda boleh mencapai ini dengan mengingati tiga perkara – keseimbangan, kepelbagaian dan kesederhanaan.


Semoga panduan yang serba ringkas dapat dimanafaatkan oleh sesiapa sahaja yang membaca tugasan ini. Terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menyempurnakan tugasan ini.


NIKMATILAH PELBAGAI JENIS MAKANAN

Makanan yang berlainan membekalkan kombinasi tenaga (kalori) dan nutrien (seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan gentian) yang berbeza. Memakan pelbagai jenis makanan adalah cara yang terbaik untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrien anda untuk membesar, berkembang, bergerak, bekerja, bermain, berfikir dan belajar. Kepelbagaian boleh dicapai dengan mengambil diet yang menggabungkan kesemua kumpulan makanan dalam Piramid Makanan (lihat mukasurat 8-9). Di dalam setiap kumpulan makanan, pelbagaikan jenis makanan yang diambil. Makanan yang diambil seharian sepatutnya dipilih lebih banyak daripada paras Piramid yang paling bawah, manakala paling sedikit daripada puncak Piramid. Ini membantu menjaminkan keseimbangan dalam pemakanan anda.

Kesederhanaan harus diutamakan untuk mengelakkan daripada makan terlampau banyak. Panduan Piramid Makanan menyarankan jumlah (atau hidangan) yang boleh dimakan dari setiap kumpulan makanan setiap hari untuk individu yang normal dan sihat.

MAKAN MENGIKUT KEPERLUAN ANDA

Keperluan nutrien dan kalori setiap individu adalah berbeza mengikut umur dan paras aktiviti fizikal mereka. Misalnya, kanak-kanak membesar, remaja dan wanita memerlukan lebih banyak kalsium untuk membina tulang yang sihat. Kanak-kanak kecil, gadis dan wanita pada peringkat reproduktif, harus mengambil cukup makanan yang kaya zat besi, seperti daging tanpa lemak, telur dan produk bijirin sepenuh untuk memenuhi keperluan zat besi mereka.

KEKALKAN BERAT BADAN YANG SIHAT DENGAN MENGIMBANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN DAN AKTIVITI FIZIKAL YANG LAZIM

Dengan mengekalkan berat badan yang sihat, anda boleh mengelakkan masalah kesihatan dan akan kelihatan lebih menarik. Sebaliknya, jika anda terlalu kurus atau terlalu gemuk, risiko anda mendapat masalah kesihatan akan meningkat.

ADAKAH BERAT BADAN ANDA SIHAT?

(Untuk dewasa berumur 18 tahun ke atas)

1. Kira Indeks Jisim Tubuh (IJT) anda seperti berikut:
2. Bandingkan IJT anda dengan nilai di dalam jadual di bawah untuk melihat penjelasannya.
3. Masalah berat badan berlebihan atau obes (mempunyai IJT yang tinggi) meningkatkan risiko anda terhadap penyakit jantung koronari, strok, diabetes, tekanan darah tinggi dan sesetengah jenis kanser (terutamanya kanser hempedu, kanser ovari dan kanser payudara). Ia juga memburukkan masalah artritis dan pernafasan.
4. Jika IJT anda berada dalam julat yang sihat, tetapi mempunyai ukuran pinggang lebih daripada punggung, anda masih berisiko tinggi menghidapi penyakit-penyakit kronik. Nisbah pinggang-punggung yang lebih daripada 1.0 (untuk lelaki) atau lebih daripada 0.85 (untuk wanita) adalah kurang sihat.

JIKA IJT ANDA … BERMAKNA RISIKO ANDA TERHADAP
ANDA … PENYAKIT BERKAITAN ADALAH …

Kurang daripada Kurang berat Rendah (tetapi risiko terhadap
18.5 badan masalah klinikal lain meningkat)

Dari 18.5 hingga 24.9 Dalam julat normal Biasa
Dari 25.0 hingga 29.9 Berat badan Meningkat berlebihan 30 dan ke atas Obes Sederhana hingga sangat teruk
IJT =berat (kg) tinggi (m) x tinggi (m) NPP yang tinggi, risiko yang tinggi NPP yang rendah, risiko yang rendah
Nisbah pinggang = lilitan pinggang punggung anda lilitan punggung

KEKALKAN BERAT BADAN YANG SIHAT

KES-KES ISTIMEWA

1. IJT tidak boleh digunakan untuk menentukan status berat badan jika anda hamil, seorang ahli bina badan atau mempunyai banyak otot. Anda mungkin mempunyai IJT yang tinggi tetapi tidak mempunyai lemak badan berlebihan untuk dikelaskan sebagai berlebihan berat badan atau obes.

2. Untuk remaja berumur 10-18 tahun, IJT juga boleh digunakan untuk menentukan status berat badan, tetapi julat untuk menentukan sama ada kurang berat badan, normal atau berlebihan, tidak sama dengan julat yang digunakan untuk dewasa. Status berat badan untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 10 tahun ditentukan dengan menggunakan carta tumbesaran yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Untuk kedua-dua kumpulan individu ini, dapatkan nasihat daripada pakar pemakanan atau pakar kesihatan lain.
MENGAWAL BERAT BADAN BERLEBIHAN

Mengurangkan berat badan anda sebanyak 5% hingga 10% boleh mengurangkan risiko kesihatan anda dengan ketara. Dalam kebanyakan kes, kelebihan berat badan atau keadaan obes berpunca daripada pengambilan kalori berlebihan dan kekurangan aktiviti fizikal. Anda boleh mengurangkan berat badan dengan meningkatkan aktiviti fizikal dan mengurangkan pengambilan makanan anda. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil:

• Tetapkan matlamat untuk mengurangkan tidak lebih daripada 0.5 hingga 1 kg seminggu.

• Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 20-30
minit setiap kali.

– Pergi berjoging, berenang, berbasikal atau berjalan dengan pantas.
– Mainlah sukan rekreasi.
Mainlah golf (tanpa menggunakan ‘buggy’)

• Ikuti kehidupan yang lebih aktif

– Gunakan tangga daripada menggunakan lif atau eskulator.
– Biasakan berjalan kaki untuk jarak yang dekat daripada memandu.
– Cucilah kereta anda sendiri, berkemas dan bersihkan rumah, berkebun atau memotong rumput di rumah.

• Awasilah apa yang anda makan

– Kurangkan pengambilan makanan dan snek yang tinggi lemak
dan kalori.
– Elakkan daripada makan terlalu banyak, makan sedikit-sedikit
tetapi kerap dan makan pada masa yang tidak menentu.
– Elakkan diet mengurangkan berat badan yang terlalu menghadkan
pengambilan kalori dan zat-zat lain.
– Cuba mengurangkan berat badan dengan memaksa diri
memuntah atau menggunakan laksatif atau diuretik adalah
membahayakan.

Lebihkan Makan Nasi Dan Lain-Lain Produk Bijirin, Legum, Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran Makanan ini diutamakan kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral, gentian dan komponen lain yang penting untuk kesihatan.

Bijirin

Beras, oat, barli, jagung, sekoi, gandum dan produk masing-masing adalah sumber tenaga dan protein yang bagus. Produk bijirin-penuh mengandungi lebih zat besi, fosforus, vitamin B (tiamin, niasin & riboflavin) dan gentian.

Legum

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya – yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempeh, protein sayuran bertekstur dan taugeh.
Buah-buahan & Sayur-sayuran

Setiap hari, cuba pilih sekurang-kurangnya satu jenis buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin A atau karotenoid. Sumber yang baik adalah sayur-sayuran hijau (sawi, bayam dan kailan), lobak, tomato, keledek, mangga, betik atau tembikai. Juga, cuba makan satu pilihan yang kaya dengan vitamin C setiap hari. Pilihan boleh termasuk jambu, betik, oren, mangga atau belimbing.Untuk mendapat asid folik, makanlah sayuran hijau, kacang pea, kacang bendi dan jagung manis.

APAKAH GENTIAN?

Gentian – jenis larut dan tidak larut – adalah bahagian tumbuhan yang tidak boleh dihadam. Mengambil cukup gentian (20 hingga 30 g sehari) membantu fungsi pelawasan dan mengurangkan simptom sembelit, penyakit divertikular dan buasir. Gentian juga mungkin boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser tertentu.

Lemak dalam diet penting untuk kesihatan kerana ia membekalkan tenaga, pelbagai jenis asid lemak (terutamanya asid lemak perlu atau ALP), serta vitamin larut lemak seperti vitamin A, D, E dan K. Lemak dalam diet juga menambahkan keenakan makanan. Walaubagaimanapun, pengambilan lemak yang berlebihan akan menjejaskan kesihatan anda. Oleh itu, pastikan pengambilan lemak adalah seimbang dan sederhana.

FAKTA TENTANG LEMAK

• Lemak tepu (terutamanya daripada sumber haiwan) dan lemak yang dihidrogenkan (dalam marjerin dan lelemak) boleh meningkatkan paras kolesterol darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.

• Kuantiti sederhana lemak politaktepu dan monotaktepu (terutamanya daripada minyak sayuran) disarankan untuk membantu merendahkan paras kolesterol darah. Walaubagaimanapun, pengambilan berlebihan asid lemak perlu untuk jangka masa yang lama mempunyai kaitan dengan kanser, pembentukan karang hempedu, perencatan pada sistem imun, penurunan kolesterol HDL dan peningkatan risiko pembekuan darah di arteri.


PENGAMBILAN LEMAK YANG DIINGINI

1. Lemak dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30%
jumlah keperluan tenaga harian.

2. Elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:

• Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol
• Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja
• Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa
dalam masakan
• Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam)
• Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis)
•Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar,menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.



Minum Banyak Air Setiap Hari

BERWASPADA AKAN ‘GULA TERSOROK’. Gula ialah pemanis utama digunakan di dalam kebanyakan pembasuh mulut, aiskrim, gula-gula, pastri, biskut, minuman ringan, minuman manis, kuih dan sirap. Gula juga biasanya ditambahkan kepada makanan semasa pemprosesan dan persediaan. Gula adalah bahan makanan yang amat berguna dan popular. Walaupun demikian, selain daripada karbohidrat ringkas (yang
membekalkan tenaga), gula tidak mengandungi nutrien lain. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan gula tidak harus menyumbangkan lebih daripada 10% tenaga. Pengambilan gula berlebihan boleh mengurangkan pengambilan makanan yang lebih berkhasiat dan menyumbang kepada kekurangan pemakanan serta karies gigi, peningkatan trigliserida lipid dalam serum pada sesetengah individu dan gangguan gastrousus.

MENGELAKKAN PENGAMBILAN GULA YANG BERLEBIHAN

• Galakkan pengurangan gula dalam makanan secara beransuransur supaya sensori rasa dapat menerima perubahan.
• Guna 1/2 atau 3/4 daripada kuantiti gula yang biasa digunakan dalam kek atau minuman.
• Gunakan buah-buahan segar atau buah-buahan yang ditinkan
dalam sirap yang kurang pekat.
• Gunakan rempah, seperti kayu manis atau buah pala, untuk
menambahkan rasa semulajadi tanpa menambah gula.
• Minum air masak daripada minuman manis.

AIR UNTUK HIDUP!

• Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak.
• Tubuh anda akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru.
• Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan
cecair yang telah hilang dari badan.
• Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

Adakah Anda Memerlukan Nutrien Tambahan?

Dengan memakan pelbagai makanan setiap hari berpandukan Panduan Piramid Makanan, anda akan dibekalkan semua tenaga dan nutrien (zat) yang badan anda perlukan. Ini bermakna anda tidak perlu mengambil nutrien tambahan kecuali jika anda mempunyai keperluan nutrien khusus seperti sedang pulih dari penyakit, mengandung, menyusu atau
sudah lanjut usia. Nutrien tambahan sepatutnya diambil menurut nasihat pakar pemakanan, pakar diet atau profesional dalam bidang perubatan.


APA YANG ANDA PERLU DIKETAHUI TENTANG NUTRIEN TAMBAHAN

• Nutrien tambahan tidak boleh diambil untuk menggantikan hidangan makanan yang tetap.

• Vitamin dan mineral tambahan tidak boleh membekalkan komponen lain dalam makanan yang penting untuk kesihatan.

• Mengambil nutrien tambahan boleh membawa kepada pengambilan paras yang toksik bagi sesetengah nutrien (seperti zat besi dan vitamin A). Risiko ketoksikan adalah lebih tinggi di kalangan kanak-kanak.

• Sesetengah nutrien tambahan mungkin membuat tuntutan
kesihatan atau pemakanan yang belum dibuktikan.

PEMAKANAN

Lapan prinsip pemakanan

SEPERTI irama dan lagu, wanita memang tidak dapat dipisahkan dengan kecantikan — mahu awet muda, mempunyai berat badan unggul atau tampil langsing dan sihat sentiasa.
Bagi wanita bekerjaya terutamanya, golongan ini mengambil berat soal kecantikan, tetapi kebiasaannya terperangkap dalam tingkah laku sendiri sehingga aspek penting yang membawa kepada kecantikan diketepikan begitu saja.Puncanya? Wanita bekerjaya memang tidak dapat lari daripada dibelenggu kesibukan yang membuatkan mereka terjerumus ke peringkat alpa memberi perhatian terhadap soal pemakanan — aspek paling penting berkaitan soal kecantikan.Akibat sibuk, corak pemakanan seharian pasti berubah daripada amalan yang biasa dilakukan sehingga tiada masa untuk bersarapan, tetapi makan banyak ketika makan tengah hari dan malam.Kerana kesibukan juga, ada yang lebih senang membeli saja makanan tanpa memerhatikan sama ada ia cukup berzat atau sebaliknya.Natijahnya, akan muncul riak wajah murung apabila menyedari wajah tidak lagi halus, badan tidak lagi langsing, manakala kesihatan pula menjadi tidak menentu. Pada masa sama timbul juga tekanan dan keletihan, menyebabkan perasaan tidak tenteram sehingga menjadi pemarah dan ‘mood’ pula berubah-ubah.
Bimbang dengan keadaan seperti itu? Memang perlu ada kebimbangan, kerana ia adalah cabaran wanita bekerjaya, tetapi jika mengamalkan kaedah pemakanan betul, jangan biarkan diri dibelenggu kebimbangan.Bagi wanita bekerjaya, anda disaran mengamalkan lapan prinsip pemakanan supaya tidak wujud kebimbangan dibelenggu masalah kecantikan. Prinsip dimaksudkan ialah:
 Nikmati pelbagai jenis makanan.
 Kekalkan berat badan sihat.
 Makan banyak produk bijirin, legum (kekacang), buah-buahan dan sayur-sayuran.
 Kurangkan lemak dan kolestrol.
 Kurangkan penggunaan garam.
 Kurangkan penggunaan gula.
 Minum banyak air.
 Amalkan penyusuan susu ibu.Menurut Ketua Penolong Pengarah Pemakanan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan, Fatimah Salim, lapan prinsip itu memang berkesan membantu wanita bekerjaya memperoleh kecantikan seperti diidamkan.Katanya, meskipun bukan mudah mengamalkan semua prinsip berkenaan, ia lebih berkesan daripada mengambil sebarang produk kecantikan seperti pil yang menjadi ikutan kebanyakan wanita bekerjaya hari ini.“Untuk prinsip pertama, amalan menikmati pelbagai jenis makanan mampu membekalkan kombinasi tenaga dan nutrien berbeza, sekali gus disifatkan cara terbaik mencapai keperluan tenaga dan nutrien.“Paling penting, kepelbagaian makanan diambil perlu menggabungkan semua kumpulan pemakanan dalam Piramid Makanan,” katanya.Beliau berkata demikian pada ‘Seminar Pemakanan Wanita Bekerjaya: Cabaran-cabarannya’ anjuran Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di PPUM, baru -baru ini.Fatimah berkata, ada empat paras Piramid Makanan (rujuk jadual 1) iaitu roti, bijirin, nasi, ubi dan pasta, diikuti buah-buahan dan sayur-sayuran (paras kedua), daging, ikan, ayam, itik, kekacang, susu dan hasil tenusu (paras ketiga) dan lemak, gula, garam dan minyak (paras keempat).Katanya, pengambilan makanan mengikut Piramid Makanan, seelok-eloknya dibahagikan untuk lapan hingga 12 hidangan bagi paras satu, tiga hingga lima hidangan (paras dua) dua hingga tiga hidangan untuk daging, ikan, ayam, itik, kekacang, manakala satu hingga dua hidangan untuk telur, susu, dadih dan keju (paras tiga) dan mengurangkan pengambilan jenis makanan di paras keempat.“Justeru, dengan adanya panduan Piramid Makanan, banyak perancangan boleh dibuat.“Sebagai contoh, jika berkunjung ke pasar, pilih saja jenis makanan yang boleh disesuaikan dengan Piramid Makanan dalam tempoh seminggu,” katanya.Secara terperinci, Fatimah turut memberikan contoh satu hidangan untuk setiap paras Piramid Makanan.
 Satu hidangan bijirin (paras satu) bersamaan dengan 1/2 cawan nasi, satu keping roti, 1/2 cawan bihun/mi/pasta, 1/2 capati bersaiz kecil, satu cawan bubur nasi kosong, satu biji ubi kentang bersaiz sederhana dan tiga biskut tawar.
 Satu hidangan sayur-sayuran (paras dua) bersamaan dengan 1/2 cawan sayur berdaun hijau, 1/2 sayuran buah atau berakar dan 1/2 cawan ubi keledek, manakala untuk satu hidangan buah pula bersamaan dengan 1/2 biji jambu bersaiz sederhana, satu potong betik, nenas dan tembikai, sebiji pisang, oren, lai dan epal bersaiz sederhana, 1/4 cawan buah kering (tanpa gula) dan 1/2 cawan jus.
 Satu hidangan ikan, daging dan ayam (paras tiga) bersamaan dengan satu ketul peha ayam, satu ekor ikan kembung bersaiz sederhana, dua ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis, lima sudu makan ikan bilis, dua tauhu keras, dua biji telur, satu cawan kekacang kering dan dua keping tempe (seelok-eloknya tidak digoreng dengan minyak), manakala satu hidangan susu dan hasil tenusu bersamaan dengan satu gelas susu (200 mililiter), satu cawan dadih dan satu keping keju.Untuk paras keempat pula tiada perincian khusus kerana semua jenis makanan di paras ini perlu dikurangkan ke amaun lebih kecil.Fatimah berkata, dalam pada ghairah mempelbagaikan jenis makanan mengikut Piramid Makanan, kesederhanaan dalam mengambil jenis makanan yang diperlukan sangat penting untuk diamalkan.“Semua jenis makanan yang diambil perlu mengikut keperluan. Tiada gunanya jika makan pelbagai makanan mengikut Piramid Makanan tetapi tidak mengamalkan kesederhanaan,” katanya.Fatimah berkata, untuk prinsip kedua, pengekalan berat badan sihat dapat dilaksanakan jika prinsip pertama diamalkan dengan konsisten dan bersungguh-sungguh.Katanya, pengambilan makanan dan aktiviti fizikal yang lazim dilakukan juga perlu seimbang.“Seseorang wanita tidak boleh terlalu kurus atau terlalu gemuk kerana kedua-duanya meningkatkan risiko masalah kesihatan.“Justeru, penting untuk mengenal pasti sama ada berat badan anda dikategorikan sebagai berat badan sihat atau sebaliknya,” katanya.Fatimah berkata, untuk mengenal pasti kategori berat badan, Indeks Jisim Tubuh atau Body Mass Index (BMI) boleh digunakan. (rujuk jadual 2 dan 3)Katanya, bagi menentukan kedudukan lemak terkumpul di sekitar kawasan pinggang dan perut pula, kaedah Ukur Lilit Pinggang boleh dijadikan sebagai panduan.“Ukur lilit pinggang melebihi 32 inci atau 80 sentimeter (sm) adalah tidak sihat. Bagi yang mempunyai BMI normal, mereka masih berisiko untuk dikategorikan sebagai tidak sihat jika ukur lilit pinggangnya melebihi ukur lilit pinggul.“Untuk mengukur ukur lilit pinggul, letakkan pita pengukur di bahagian pinggul yang paling lebar dan kemudian bahagikan ukur lilit pinggang dengan ukur lilit pinggul bagi mendapatkan nisbah pinggang kepada pinggul (NPP). NPP melebihi 0.85 dikenal pasti tidak sihat,” katanya.Untuk prinsip ketiga pula, Fatimah berkata, produk bijirin, legum (kekacang), sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi karbohidrat kompleks, vitamin, mineral, serat dan komponen lain yang berguna.Katanya, seelok-eloknya pilih bijirin yang tidak diproses kerana ia mengandungi zat besi, fosforus, vitamin B dan serat yang tinggi.“Untuk legum, pilih jenis kacang seperti kacang pis, kacang hijau dan kacang kerana ia mengandungi banyak protein, karbohidrat, serat dan vitamin.“Untuk buah pula, pilih sekurang-kurangnya satu jenis buah atau sayur yang kaya vitamin A, karotenoid dan vitamin C setiap hari. Sebagai contoh, pilih buah-buahan dan sayur seperti jambu batu, betik dan limau, mangga, betik, sayur berdaun hijau gelap, lobak dan tomato.Fatimah berkata, untuk prinsip keempat, tidak dinafikan lemak penting untuk tenaga, tetapi pengambilan lemak terlalu tinggi menjejaskan kesihatan.Justeru, katanya, seimbangkan pengambilan asid lemak tepu, monotak tepu dan politaktepu.“Pengambilan secara sederhana lemak itu membantu merendahkan tahap kolestrol dalam darah. Pilihan lebih baik, gunakan minyak kelapa sawit kerana ia mengandungi asid lemak tepu dan tak tepu yang seimbang,” katanya.Secara umum, asid lemak tepu membabitkan lemak haiwan, santan, mentega, minyak sapi. Asid lemak monotaktepu pula membabitkan minyak zaitun dan minyak kanola, manakala asid lemak politaktepu membabitkan minyak jagung, kacang soya, bunga matahari dan minyak ikan.Fatimah berkata, prinsip kelima membabitkan perkara mengenai pengambilan garam yang mengandungi natrium.Katanya, natrium penting untuk kesihatan, tetapi pengambilan terlalu banyak sering dikaitkan dengan masalah darah tinggi. Bagi menggalakkan penggunaan garam secara sederhana, disertakan beberapa petua yang praktikal dan sesuai digunakan.
 Pilih makanan segar daripada makanan yang siap dimasak.
 Biasakan penggunaan rempah ratus.
 Nikmati rasa semula jadi makanan.
 Tambahkan sedikit saja garam ketika memasak.
 Baca label pada makanan berbungkus atau bertin yang dibeli.“Untuk prinsip keenam, gula dikenal pasti boleh menyebabkan masalah kegemukan dan masalah kesihatan lain.“Untuk mengurangkan gula, beberapa petua boleh digunakan seperti mengurangkan pengambilan gula secara sedikit demi sedikit, pilih buah-buah segar dan buah-buahan dalam tin yang kandungan sirapnya kurang pekat di dalam makanan atau minuman dan amalkan meminum air kosong,” katanya.Fatimah berkata, prinsip ketujuh juga perlu diberi perhatian kerana air ada pelbagai fungsi penting untuk kesihatan.Katanya, air membantu penghadaman, penyerapan, pengangkutan, perkumuhan, kawalan suhu badan dan pelincir untuk pergerakan bahagian tubuh yang kerap digunakan.“Secara purata, tubuh kehilangan air 1.5 hingga 2.5 liter sehari. Justeru, untuk menampung kehilangan itu, manusia memerlukan enam hingga lapan gelas air sehari.“Jika cuaca panas atau terbabit dengan aktiviti membabitkan kecergasan, jumlah air yang diperlukan lebih daripada itu,” katanya.Untuk prinsip terakhir, Fatimah mengingatkan wanita bekerjaya yang bergelar ibu supaya mengamalkan penyusuan susu ibu kerana ia bukan saja memberi banyak kebaikan kepada bayi, tetapi kesihatan ibu akan sentiasa pada tahap terbaik.Sementara itu, Pegawai Dietetik PPUM, Rokiah Ismail, berkata wanita bekerjaya juga boleh merancang menu yang mahu disediakan dengan menitikberatkan penyediaan hidangan sihat dan mengubah suai resipi tertentu untuk kebaikan diri.Katanya, penyediaan makanan rendah lemak, rendah gula, rendah garam dan tinggi serat membantu dalam memastikan kecantikan wanita bekerjaya itu sentiasa terpelihara.“Untuk menyediakan makanan seperti itu bukan sukar kerana setiap resipi boleh diubahsuai. Dengan mengubah suai resipi akan menjadikan hidangan lebih sihat, berkualiti dan membantu meningkatkan tahap kesihatan,” katanya.