Wednesday, April 29, 2009

KALUTNYA KITA!

Terpanggil untuk berkongsi pandangan tentang banyak isu Negara kebelakangan ini yang hangat diperdebatkan dan menjadi polemik keresahan rakyat.

Maha Suci Allah SWT masih menyelamatkan kita dengan iman yang masih bersisa. Justeru itu, apa pun yang mengasak kita ke dinding percayalah masih ada ruang untuk kita bernafas..renungkanlah persoalan kehidupan tidak akan malah tidak mungkin akan habis sehinggalah putus nyawa dikandung badan.

Sebagai seorang pendidik, membicarakan tentang dunia pendidikan hari ini yang ditunjangi dengan fahaman dan dokongan sekularisme, titik tolaknya dimulakan dari kedatangan imperialis barat. Ini memberi tanggapan sistem sebelum Barat tidak wujud sistem pendidikan formal di kalangan pribumi di Negara tercinta ini. Sesungguhnya sudah terlalu jauh sebelum itu lagi sudah ada sistem yang memacu pendidikan formal kepada masyarakat iaitu sistem Islam yang syumul!

Pertumbuhan sistem pendidikan itu adalah falsafah yang wujud di dalam Islam itu sendiri. Firman Allah yang bermaksud;
“katakanlah adakah sama antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?”

Ini adalah antaranya yang dapat dipetik dari rimbunan hikmah dari kita yang masih mampu berfikir..

Islam meletakkan kita insan antara Allah dan alam pada tempat yang istimewa. Allah adalah hakikat tertinggi yang mutlak wujudNya.

Konsep pendidikan harus bermula dari ini…Maha Pencipta..kemudian harus disesuaikan dengan zamannya..mengapa kita harus kalut membedakan kepentingan yang sememangnya kita tahu tapi buat-buat tak tahu…

Kaedah muhadharah ataupun munazarah malah mentor-mentee sehinggalah ke kaedah fasilitator, kesemuanya adalah berpunca dari inter dan intra dalam penyampaian ilmu. Mengapa kita mesti kalut untuk membedakannya?

Apa masalahnya untuk mendapat pengiktirafan? Bukankah tunjangnya Maha Pencipta..maka akan suburlah segala bentuk ilmu yang didendangkan dengan irama yang menyejukkan serta mendamaikan jiwa yang tenang..

Salam pendidik.

No comments:

Post a Comment