Saturday, June 8, 2013

Tugas Kita

Konsep adil dan amanah mungkin acapkali kita mendengarnya namun sejauhmana ia menjadi nadi di urat ini itu persoalan kedua. Kita sudah terlalu jauh diburu ilusi lantaran perancangan dan sogokan para penguasa yang mengangkat aqal melampaui tugasnya yang sebenar.
Sudah hampir enam puluh dekad kita hidup dibawah bayangan imperialis. Menerima dan mengamalkannya dalam setiap keputusan. Tiada siapa yang harus dipersalahkan kerana kita semua memang bersalah. Kita membuat perancangan hanya dengan memandang sudut yang kita sendiri fikir betul dan benar.

Perancangan demi perancangan berlalu begitu sahaja tanpa ada kesudahannya. Kita lontarkan pelbagai alasan untuk menutup setiap kegagalan yang mendatang. Jarang sekali untuk kita berani berdepan untuk menjawab mengapa semua ini terjadi.

Kita semaikan kebencian dan tekanan untuk mencapai sasaran yang kita fikirkan hebat. Cuma hati kita masih tertanya-tanya apa yang kita cari sebenarnya. Masih ada persoalan rupanya?

Menelusuri sejarah semenjak kelahiran nur Islam di bumi Melayu sehingga termaktub bahawa Islam itu adalah ciri bangsa Melayu itu sendiri. Hilang Islam maka lenyaplah bangsa yang bernama Melayu itu. “Malai-urr” adalah bangsa agung yang memiliki nur itu. Petunjuk yang kuat telah membentuk rupa jasad bangsa Melayu.

Jarang sekali bangsa ini bersatu malah kerap juga mengaku menjadi pejuang bangsa sedangkan bumi bertuah ini menyaksi akan keangkuhan sebuah kekuasaan. Tugas yang harus diuji tidak pernah selesai Cuma sekadar menjadi pemuas hati yang dangkal tentang ilmu kepimpinan.

Pergelutan politik membawa kepada persepsi yang tidak langsung ke arah mencegah kemungkaran. Kejahilan menjadi teras utama disebalik skrin yang memaparkan gelagat manusia yang bertopengkan kegilaan kuasa. Tiada lagi sunnah yang sebenar perlu dipertahankan, Cuma dihidangkan dengan lagu yang biasa sahaja iramanya. Skripnya sudah dihafal!

Semua ini berlaku di bumi bertuah ini……


Salam pendidik

Kembara alam...


Tuesday, September 15, 2009

Amalan yang baik...

عَنْ عَبْدِاللهِ بْن عَمْرٍ
وَأَنَّ رَجُلا سأَلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَيُّ الاسْلامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ
وَتَقْرَأُ السَّلامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ

Dari Abdullah bin 'Amr, katanya :
Bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. katanya :
"Perbuatan apakah yang sebaik-baiknya dalam Islam?"
Jawab Rasulullah s.a.w. : "Mendermakan makanan dan memberi salam kepada
orang yang engkau kenal dan belum engkau kenal."
Hadis sahih riwayat Muslim

Memang benar kita sering terlalai mengapa kita selalu lupa atau lalai dalam bab ini dalam kehidupan kita sehari-hari. Orang tua kita selalu mengajar kita tentang memberi makanan kepada jiran-jiran di kampung...tapi kita jarang sekali mahu berkongsi makanan dengan kawan-kawan di sekeliling..mengapa ini berlaku?

Apatah lagi bab memberi salam kepada orang yang tidak berapa nak kenal..tentulah payah juga nak tahu mengapa?..

Kayanya..jiwa

عَنْ أَبِى هُرَيْرَة قَلَ قَلَ رَسُولُ الله صلعم
لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةَ الْعَرَضِ وَكلِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ

Dari Abu Hurairah ra katanya
Rasulullah saw bersabda : "Kaya itu bukan kerana banyak harta
melainkan kaya (yang sebenarnya) ialah kaya hati (cukup yang ada)
Hadis sahih riwayat Muslim

Monday, June 15, 2009

Marilah lindungi diri dengan wuduk...


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini”.
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-hisabnya di tangan kanan .


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini”.
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu”.
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.



6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain.


7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”
Penjelasan nombor 8 : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.


Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.


Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukur dan bertaubatlah selalu. wassalam.


salam pendidik

Thursday, May 21, 2009

Jasa Yang Tidak Terbalas

Ibu,,,
Bagi ku ibu ku adalah jiwa ku,,
Ibu ku adalah nafas Ku,,
Ibu ku adalah sahabat ku,,
Ibu ku adalah syurga ku,,

Dan Ibu ku adalah pahlawan yang sangat berjasa dalam hidup ku,,
Ibu ku segala-galanya buat ku..
Ibu adalah semangat ku untuk menuntut ilmu,,
Ibu adalah teman cerita ku disaat aku sedih,,
Ibu adalah Aku,,
Aku adalah Ibu,,
Aku Sayang ibu lebih dari apapun
Aku Mencintai Ibu lebih dari yg ibu kira,,
Aku disini akan selalu ingat ibu,,
Dimana pun dan bilapun,,

Maaf kalau sampai saat ini aku belum bisa memberikan apa-apa untuk ibu,,
Tapi suatu saat nanti jika Allah memanjangkan umur ku dan Ibu
Aku ingin memberikan sesuatu untuk ibu,,
Yang selama ini belum ibu dapatkan,,
Dan semoga Allah selalu melindungi ibu dimana pun ibu berada,,

semoga kelak ayah dan ibu bisa melihat aku menjadi seorang insan yang sukses..

Wednesday, May 20, 2009

Sabarlah kawan-kawanku..

Sabar ialah satu sifat yang dipuji oleh Allah SWT. Sabar ialah menahan diri daripada menderita akibat sesuatu musibah. Sabar memerlukan kekuatan yang didorongi oleh agama.

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?”(Al-Baqarah 214)

Firman Allah ini harus dijadikan pedoman. Setiap insan akan diuji tahap kesabarannya mengikut status keimanannya. Adakala, sesuatu ujian itu ringan dan adakalanya berat. Orang yang tahap imannya tinggi lebih besar tahap kesabarannya akan diuji.Lantaran itu, apabila seseorang itu ditimpa musibah maka dia perlu bersabar, kerana dia sedang diuji.

Maka, jika seseorang itu mengeluh yang demikian menonjolkan atas keburukkan diri sendiri kerana budi pekerti yang terpuji ialah sanggup menderita daripada senang.Mungkin ada juga yang tidak pernah menghadapi musibah, yang demikian tidak akan mengenali dirinya sendiri.Kesenangan juga merupakan ujian. Apabila hidup senang, kita diuji dengan keinginan harta benda, pangkat, kewajipan dan tugasan. Lantaran jika seseorang itu tidak dapat memelihara diri daripada ujian ini, maka menampakkan dirinya dengan kerakusan, kegelisahan, ketamakan dan lebih jauh dari itu ialah tidak bersyukur.

Kita patut bersyukur walaupun kita ditimpa kesusahan. Kerana apabila kita bersyukur kita sabar dan reda dengan seadanya. Dan Allah senantiasa bersama dengan orang yang banyak bersabar.

Allah SWT berfirman,“Sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.”(An Anfal 46)

Pada hakikatnya, kesemua ini tetap bertunjangkan kepada sifat kesabaran yang tersimpul bersama-sama dengan sifat kesyukuran dan kepasrahan di dalam diri kita. Kesemuanya bergerak serentak dan seimbang.Semoga kita semua diberi sifat kesabaran untuk menempuhi segala musibah dan rintangan. Sama ada di waktu susah mahupun di waktu senang. Kerana di situlah wujudnya kekuatan dalam iman dan jauhnya seseorang itu dari keluh-kesah yang menambah beratnya musibah.